Kerjaya antarabangsa Dennis Praet

Praet telah mewakili pasukan remaja Belgium di setiap peringkat umur iaitu daripada peringkat bawah-15 hingga peringkat bawah-21.

Pada 6 November 2014, Praet memperoleh panggilan pertama oleh skuad senior Belgium untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Iceland pada 12 November dan aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Wales pada 16 November. Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk Belgium ketika menentang Iceland dalam aksi persahabatan selepas menggantikan Christian Benteke pada minit ke-73 permainan.

Praet beraksi dalam perlawanan keduanya bersama Belgium selepas hampir empat tahun daripada kemunculan sulungnya iaitu dalam aksi pertembungan negara jiran, Belanda pada Oktober 2018 yang berakhir dengan keputusan terikat seri 1-1.

Rujukan

WikiPedia: Dennis Praet http://www.dennispraet.be http://www.nieuwsblad.be/cnt/dmf20160824_02437436 http://www.rsca.be/go/nl/article/33478/paars-witte... http://sporza.be/cm/sporza/voetbal/Jupiler_Pro_Lea... http://static.e-kickoff.com/project/publiek/jrinte... http://www.espnfc.com/blog/scouts-notebook/78/post... http://www.goal.com/en-ng/match/galatasaray-vs-and... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.totalbarca.com/2010/news/arsenal-to-bea... http://www.uefa.com/memberassociations/association...